BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 17, 2010

VISI


Melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri , memperolehi ilmu ,perhubungan sosial dan urusan harian.


MISI


Melahirkan murid yang cemerlang menguasai 3M iaitu membaca , menulis dan mengira di samping menguasai kemahiran berbahasa, mendengar dan bertutur.

RASIONAL

 Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah

membina budaya pembelajran berterusan.


 Memperkembangkan imaginasi , kreativiti , pemikiran kritis

dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur ,

mendengar , membaca dan menulis .


 Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya

sastera dan karya bukan sastera.


 Menghargai dan mengamalkan nilai murni , sikap positif ,

semangat patriotik dan kewarganegaraan.

OBJEKTIF

 Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta

menghayatinya dalam konteks perbualan.


 Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi

yang betul.


 Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan

masalah , mencapai persetujuan dan membuat keputusan

tentang sesuatu perkara.


 Membaca pelbagai bahan dengan menggunakan teknik

membaca yang sesuai dan berkesan.

pENgENALAn

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam

Akta Pendidikan 1996, Bahasa Malaysia ialah mata pelajaran teras di semua

sekolah rendah dan menengah .Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.


Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah bertujuan untuk memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelik ,emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum

Bahasa Malaysia menyediakan murid untuk menguasai kecekapan , berbahasa

dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.

Selain itu murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata

pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif.